Saturday, 19 January 2013

Filled Under:

Lelaki Bayar $13,000 Pada Isteri Kerana 1 Ciuman

Lelaki Bayar $13,000 Pada Isteri


Arab Saudi – Anda tentu tidak kisah jika terpaksa membayar $100,000 untuk membeli rumah atau mengeluarkan wang sebanyak $10,000 untuk bayaran pendahuluan bagi membeli sebuah kereta.
Namun adakah anda sanggup membayar $13,000 hanya untuk satu ciuman?
Itu harga yang terpaksa dibayar oleh seorang lelaki di Arab Saudi kepada isterinya bagi mendapatkan kemaafan daripada wanita tersebut atas `kegatalannya sendiri’.
Semuanya gara-gara dia bercium dengan pembantu rumahnya dari Habsyah.
Anak perempuannya yang berusia enam tahun dilaporkan telah melihat lelaki itu mencium amah mereka, lalu memaklumkan kepada ibunya.
Wanita itu hampir menghubungi polis bagi melaporkan kejadian itu, namun berjaya dihalang oleh jiran-jiran mereka.
Susulan itu satu penyelesaian telah dicari antara pasangan suami isteri berkenaan, dan penyudahnya, lelaki itu perlu membayar $13,000 kepada isterinya.
Dalam masa sama, dia juga hanya boleh mengupah pembantu rumah, berusia 50 tahun ke atas sahaja.
Laporan awal menyebut lelaki itu dan pembantu rumah warga Habsyah itu mempunyai hubungan sulit, namun saudara maranya memberitahu, mereka tidak mempunyai apa -apa hubungan.
Hanya sekadar bercium.






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers