Wednesday 9 January 2013

Filled Under:

Wan Norazlin Buat Kenyataan Mecurigakan?




Wan Norazlin

Artikel ini dipetik dari Berita Harian di mana Wan Norazlin tampak terkejut apabila dia ditegur wartawan yang menghampirinya pada majlis di World Evolution Brain (M) Sdn Bhd itu. 

Temuramah untuk apa? Tak apalah, kalau boleh, saya sudah malas untuk keluar mana-mana akhbar. Saya sudah malas nak ditemuramah wartawan sebab mereka pasti hendak bertanya mengenai status saya. 

Saya sekarang ini hendak low-profile saja dan tak perlukan publisiti. Apa yang penting, saya masih menerima tawaran berlakon dan mahu fokus pada kerja lakonan saya, katanya. 

Wan Norazlin berkata, dia sudah serik berkongsi kisah peribadinya kepada umum. Sebaliknya, dia mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya saja. 

Maaf sangat-sangat kerana tidak mahu bercakap soal peribadi. Ini kerana rasanya sudah terlalu banyak cerita hidup saya keluar (dalam media) sebelum ini. 

Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya. 

Namun, pada majlis itu, Wan Norazlin menyambut baik pelawaan jurugambar untuk merakam foto terbarunya. 

Gambar yang diambil tu boleh digunakan dalam akhbar kalau ada drama terbaru saya yang ingin ditayangkan. 

Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyaklah tidak dapat memenuhi kehendak wartawan, katanya yang terus meninggalkan majlis.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers