Thursday, 24 January 2013
Filled Under:
kosmo
Warga Bangladesh didakwa liwat kanak-kanak
Posted By:
zamri spoon
on 04:00
BUTTERWORTH — Seorang jurukimpal warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun pada Oktober tahun lepas.
Tertuduh Md Rezaul, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi setelah memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.
Md Rezaul dituduh melakukan kesalahan itu pada Oktober 2012 di sebuah rumah di Blok B, Lorong Merak 57, Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, pada 12 tengah hari.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Pada Disember lepas tertuduh telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan memandangkan tertuduh yang kurang memahami bahasa Melayu tidak mempunyai jurubahasa.— BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment