BAITULMAQDIS: Rejim Zionis merancang membina beribu-ribu kubur palsu Yahudi di sekitar Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama Baitulmaqdis untuk menghasilkan kesan Kota Yahudi di kawasan itu.
Satu laporan yang dipetik oleh Yayasan Wakaf Dan Warisan Al-Aqsa menyatakan, kubur itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 1,000 meter persegi dari timur Gunung Sinai Masjid Al-Aqsa, melalui Lembah Silwan di selatan dan menghala ke Lembah Rababa di bahagian barat daya masjid ketiga paling suci umat Islam itu.
Menurut laporan, rejim Zionis berhasrat menyebarkan ajaran Yahudi di semua kawasan sekeliling Al-Aqsa dan Kota Tua Baitulmaqdis selain berusaha menguasai secara berperingkat hartanah milik rakyat Palestin untuk mengubahnya menjadi kawasan perkuburan, penempatan serta pelbagai institusi Yahudi.
“Rejim Zionis memalsukan geografi dan sejarah untuk menghalalkan pembangunan tanah kubur palsu dan kawasan suci palsu,” menurut laporan itu.
Sehubungan itu, rejim berkenaan melarang kerja memulihkan tanah perkuburan Islam di Baitulmaqdis, malah menghancurkan ratusan kubur berkenaan. – Republika
0 comments:
Post a Comment