Friday, 22 February 2013

Filled Under:

Al Qaeda Punya Buku Panduan Melawan "Drone"(PESAWAT TANPA PILOT)






Sebuah dokumen mendedahkan trik-trik Al Qaeda menghadapi serangan pesawat terbang tanpa juruterbang ( DRONE). Dokumen ini ditemui wartawan agensi berita Associated Press di sebuah bangunan di Timbuktu, Mali. Dokumen ini kemungkinan besar tertinggal apabila pemberontak Islam mundur dari kota kuno itu apabila pasukan Perancis dan Mali memasuki bandar itu bulan lalu. Kandungan dokumen ini menunjukkan bagaimana kumpulan Al-Qaeda di kawasan Maghribi (Afrika Utara) telah bersiap menghadapi campur tangan ketenteraan yang kemungkinan akan menggunakan drone. Apa saja "tips" Al Qaeda untuk mengelakkan serangan drone yang mematikan? Beberapa di antaranya, bersembunyi di bawah pokok yang rimbun, membuat kumpulan orang palsu menggunakan boneka, menempatkan sekumpulan sniper terbaik untuk memburu drone, mengganggu komunikasi drone dengan dinamo yang dilengkapi kawat tembaga sepanjang 30 meter, dan menggunakan asap untuk menutupi pandangan drone. Apakah trik-trik ini cukup mujarab digunakan di lapangan? Sekurang-kurangnya para pakar tentera menganggap trik-trik Al Qaeda ini bukan dibuat sembarangan. "Ini bukanlah teknik sembarangan. Senarai ini menunjukkan mereka sangat cerdik," kata Kolonel Cedric Leighton, veteran AU Amerika Syarikat yang ikut mengembangkan program drone. "Apa yang penting dari helah ini adalah memberi mereka cukup masa untuk mengelak. Lalu dalam konflik ini, masa adalah kunci penting. Mereka menggunakan cara ini untuk mengelakkan kawasan yang diserang dengan cepat," tambah Leighton. Namun, kejayaan trik-trik ini sangat bergantung pada situasi dan jenis drone yang digunakan. Drone model terbaru seperti Harfung milik Perancis atau MQ-9 Reaper mempunyai sensor infra merah yang dapat membaca tanda panas kereta yang enjinnya baru saja dimatikan. "Namun, sensor inframerah tetap saja sukar mengesan sebuah kereta yang diletak di bawah khemah di malam hari. Sebab, suhunya akan sama dengan suhu di sekitarnya," kata Leighton. Tokoh asal Yaman Penulis dari dokumen yang ditemui di Timbuktu itu adalah Abdallah bin Muhammad. Ia adalah komander senior Al Qaeda Semenanjung Arab (AQAP) di Yaman. Dokumen ini kali pertama diterbitkan di laman milik kumpulan itu pada 2 Jun 2011, sebulan selepas kematian Osama bin Laden. Demikian pendedahan seorang pakar dari Universiti Toulouse, Perancis, Mathiey Guidere. "Dokumen ini menunjukkan fakta bahawa Al-Qaeda mengetahui bahawa AS mempunyai pangkalan rahsia drone di Niger dan mereka bersiap menghadapi itu," kata Mathieu. "Mereka sudah mempersiapkan ini sejak lama," tambah dia. Beberapa tips, sambung Mathieu, nampaknya datang secara langsung dari Osama bin Laden. Misalnya, tips bersembunyi di bawah pokok rendang. Taktik bersembunyi di bawah pokok juga dilakukan para pejuang Al-Qaeda di Mali saat drone Perancis melintas, seperti disampaikan sejumlah warga kota Diabaly, Mali. Demikian pula di Timbuktu, taktik ini digunakan untuk mengelakkan pantau drone. Seorang warga Timbuktu, Mustapha al-Housseni, berkata, dia mendengar suara pesawat terbang mendekat. Di masa yang sama, pemimpin Al-Qaeda di kawasan itu, Abou ZieD, bergegas meletakkan keretanya di bawah sebuah pohon besar di depan bengkel milik Mustapha. "Dia dan anak buahnya turun dari kereta dan berlindung di bawah kanopi bangunan. Sementara itu, saya dan pekerja saya lari sejauh-jauhnya," kata Mustapha. Di beberapa tempat di Mali, para pejuang Al-Qaeda walaupun melapisi kenderaan mereka dengan lumpur untuk mengelak dari kemungkinan dikesan drone. Semua kesaksian itu menunjukkan, Al-Qaeda dengan cerdik boleh menyesuaikan diri untuk mengatasi teknologi tentera yang jauh lebih canggih. Dokumen itu juga menunjukkan adanya koordinasi antara Al-Qaeda di pelbagai wilayah yang meningkatkan kebimbangan di kalangan para pakar keselamatan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers