Wednesday, 20 February 2013

Filled Under:

MIZIUM TANPA PAKAIAN YANG PERTAMA DI AUSTRIA



WINA - Muzium Leopold di Vienna, Austria mengadakan pameran yang memaparkan gambar-gambar bogel. Para tetamu musem itu pun menyesuaikan diri dengan tema pameran dengan ikut berbogel ria.

"Saya merasa sangat tidak, ini adalah kunjungan kedua saya ke pameran ini dan saya rasa sangat sesuai untuk melihat pameran bugil dengan ikut bugil," ujar seorang pengujung bernama Max, seperti dikutip Reuters, Selasa (19/2/2013).

Muzium Leopold membenarkan tetamu mereka untuk datang ke pameran dalam keadaan bogel setelah satu kumpulan eksibisionis dari Jerman meminta kepada pihak muzium untuk datang tanpa mengenai pakaian apapun.

Pameran yang bertajuk "Lelaki Telanjang" itu bertujuan untuk menunjukkan sejarah penggambaran lelaki bogel dalam seni Barat. Pameran itu disebut pihak petugas Musem berjaya meningkatkan jumlah pengunjung hingga 17 peratus tahun lalu. Pameran itu dijadualkan akan berakhir pada 4 Mac akan datang.

Salah satu karya seni yang dipamerkan dalam Muzium itu adalah karya fotografi bertajuk "Vive La France". Gambar tersebut menunjukkan tiga lelaki dengan bangsa berbeza yang bogel dan hanya menggunakan kaos kaki yang menggambarkan warna bendera Perancis.

Gambar "Vive La France" sempat menimbulkan protes dari warga Austria kerana digunakan dalam poster promosi. Warga menganggap foto itu tidak sesuai dijadikan poster promosi kerana boleh dilihat oleh anak-anak yang sedang melintas.




sumber;-relevansokmo




1 comments:

  1. Muzium macam ni pun ada...
    Free pun xnak masuk.

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers