Monday, 4 March 2013

Filled Under:

aneh!! pencemaran bunyi buat ketam cepat lapar.?

 Salam. buat pembaca yang sudi baca di blog zamrispoon , kali ini saya nak share ngan korang pasal spesis ketam Cancrocaeca xenomorpha yang tidak boleh dengar bunyi bising , kalau dia dengar pasti akan lapar ,, wah... macam x caye lak ,, so ,, nak lebih tahu jom kita bace artikel dibawah ,,,


http://zamrispoon.blogspot.com/

 Dari sebuah kajian yang diterbitkan di jurnal Biology Letter terungkap bahawa bunyi bising yang dikeluarkan oleh kapal laut mempengaruhi metabolisme tubuh para ketam.Semakin besar saiz ketam, semakin terjejas pula ia oleh pencemaran bunyi, dan hampir tidak ada tanda-tanda bahawa mereka mampu menyesuaikan diri dengan bunyi bising tersebut. Saat diuji, pasukan dari University of Bristol dan Exeter, England, mendapati bahawa ketam yang diberi rakaman suara kapal laut menunjukkan peningkatan metabolisme tubuh, yang menandakan adanya kenaikan tahap stres. Di alam bebas, tahap metabolisme juga boleh berpengaruh pada pertumbuhan mereka. Ketam juga semakin banyak menghabiskan masa untuk mencari makan. Risikonya, mereka akan semakin sering bertembung dengan pemangsa mereka.

 http://zamrispoon.blogspot.com/



 "Kami menggunakan alat ujian cuba untuk mengetahui bagaimana ketam yang berbeza saiz memberi respons rakaman suara kapal yang dimainkan satu kali dan dimainkan berulang-ulang. Suara bising kapal sendiri merupakan sumber pencemaran suara utama pada persekitaran perairan, "kata Matt Wale, penyelidik dari School of Biological Sciences, Bristol, England. Andy Radford, penyelidik lain, menyebutkan, mereka mendapati bahawa tahap metabolisme ketam yang terimbas pencemaran suara lebih tinggi berbanding dengan mereka yang hanya mendengar suara sayup-sayup. Dan semakin besar ketam, semakin terjejas ia terhadap pencemaran bunyi. Ini merupakan penemuan pertama bahawa ada respons berbeza terhadap suara yang bergantung pada ukuran tiap-tiap individu haiwan. "Jika ketam dan lobster yang sangat penting secara komersial terpengaruh oleh suara, penemuan ini mempunyai erti penting bagi industri perikanan di kawasan perairan yang sibuk di mana haiwan -haiwan besar akan terkena imbas.

http://zamrispoon.blogspot.com/


 Sebaliknya, jika mengurangkan tahap bunyi bising boleh menurunkan metabolisme, mengheningkan kawasan perairan akan dapat meningkatkan hasil tanaman, "kata Steve Simpson, penyelidik dari University of Exeter. Simpson menambah, berhubung ketam yang lebih besar yang terpengaruh oleh suara bising, ini juga akan membawa implikasi bagi perikanan di kawasan perairan sibuk. Selain itu, banyak spesies haiwan krustasea, khususnya udang, ditempatkan di akuakultur. Jadi, jika gangguan suara mempunyai kesan pada metabolisme, maka suara bising dari operasi akan mempengaruhi peringkat pertumbuhan.Ertinya, penternakan yang sunyi akan membawa hasil yang lebih bagus.


sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers