Sunday 24 March 2013

Filled Under:

MANDI SERBUK KAYU ,PENJAGAAN KECANTIKAN ANEH DI JEPUN




Lupakan krim kecantikan, lulur Lumpur dan bahkan suntikan botox. Menjaga kulit anda kelihatan sihat dan indah adalah mandi serbuk kayu yang telah difermentasi adalah tradisi kuno Jepun. Rawatan kecantikan ini sedang trend di Jepun. Wanita akan melakukan segala macam cara bahkan hal-hal aneh sekalipun untuk menjaga tubuh mereka kelihatan lebih muda dan cantik lebih lama, termasuk diantaranya melakukan pembedahan plastik. Namun wanita Jepun nampaknya telah mencari cara ajaib, iaitu kembali kepada rawatan masa lalu untuk menjaga tubuh tetap awet muda iaitu dengan mandi di fermentasi serbuk kayu. Rawatan kecantikan ini tidak menjijikan seperti kedengarannya, dan telah banyak ahli kecantikan dari negeri matahari terbit tersebut telah bersumpah untuk hal itu. Kita hanya menutupi tubuh kita dengan fermentasi serbuk kayu pokok cedar dan cemara selama kurang lebih 15-20 minit yang bertujuan untuk memperbaiki peredaran darah, membersihkan kulit dan membantu mengurangkan kesakitan pada otot. Enzim dari fermentasi tumbuh-tumbuhan dan buah dalam serbuk kayu menghangatkan tubuh, kemudian membawa anda pada suhu sehingga 40 darjah celcius dan membuat anda berpeluh seperti anda baru sahaja selesai berlari marathon selama dua jam. 
 


Proses tersebut dikatakan bertujuan untuk mengaktifkan organ-organ dalaman anda, sehingga dapat mengoptimumkan metabolisme, meningkatkan kekebalan tubuh dan memperbaiki peredaran darah. Selain itu proses tersebut juga merangsang badan anda berpeluh tanpa menyumbat pori-pori dan menghilangkan sebum dan kotoran dari kulit anda. Populariti mandi fermentasi serbuk kayu di salon kecantikan di berbagai wilayah di Jepun baru meningkat dalam beberapa tahun terakhir. Padahal rawatan kecantikan tersebut telah ada sejak 70 tahun yang lalu di Hokkaido. Sekarang, mandi fermentasi serbuk gergaji dipercayai menjadi ubat ajaib untuk pelbagai keadaan seperti jerawat, anemia, hipertensi, arthritis dan bahkan dipercayai untuk menghilangkan kegemukan sehingga para wanita di Jepun rela menghabiskan 6.300 Yen ($ 70) untuk mendapatkan rawatan kecantikan tersebut. Serbuk kayu ditumbuk halus dan mengalami proses penapaian yang unik. Enzim dari buah dan bunga kemudian ditambah ke dalam serbuk  kayu, sehingga menjadikan serbuk  kayu mempunyai suhu 70-80 darjah celcius tanpa pemanasan buatan. Jadi bagi anda para wanita, rawatan kecantikan mandi fermentasi serbuk  kayu telah menanti anda. Malangnya rawatan ini tidak ditemui di luar Negara Jepun. Jadi jika anda merancang untuk pergi ke Jepun, jangan lupa untuk melawat salun kecantikan yang menyediakan rawatan mandi fermentasi serbuk kayu dan merasakan pengalaman unik yang luar biasa.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers