Friday, 1 March 2013

Filled Under:

PEMANDU TEKSI MAUT DISERET KERETA P O L I S

JOHANNESBURG,  - Seorang pemandu teksi di Afrika Selatan tewas setelah dikat di belakang sebuah kereta polis sebelum diseret sejauh beberapa puluh meter. pasukan penyelidik bebas, Khamis (28/2/2013), tengah menangani kes tersebut setelah melihat sebuah rakaman video yang menunjukkan aksi penyeretan tersebut. Laki-laki itu, yang berasal dari Mozambique, akhirnya meninggal dunia di tahanan polis di Daveyton, Johannesburg, Selasa (26/2/2013). Sejumlah polis mendakwa tidak mengheret si pemandu teksi. Polis meletakkannya di kerusi belakang untuk membawanya ke pejabat polis East Rand. Mereka mengaku tidak tahu apa punca kematiannya. Namun, video yang diperoleh harian Daily Sun berbicara lain. Video itu jelas-jelas menunjukkan polis bergelut dengan seorang laki-laki, yang diyakini si pemandu teksi, sebelum memborgol orang itu ke bahagian belakang kereta mereka.
Selanjutnya, polis menjalankan kereta dengan mangsa masih terikat di bahagian belakang. Pada awalnya, oknum polis itu cuba memegang kaki mangsa, tetapi apabila kereta berjalan semakin kencang, dia melepaskan kaki orang itu. Video itu kemudian menunjukkan korban berusaha berdiri di atas kakinya sementara kereta terus melaju hingga beberapa ratus meter. Direktorat Siasatan Bebas Polis (IPID) berkata, polis menangkap pemandu teksi itu kerana dia melanggar peraturan lalu lintas. "Kami tengah menyiasat insiden yang mengakibatkan kematian seorang lelaki yang nampaknya disebabkan pegawai polis. Kami sangat terkejut melihat video itu, "kata jurucakap IPID, Moses Dlamini. "Situasi seputar kematian pemandu teksi masih dalam siasatan," kata Dlamini. Polis Afrika Selatan dikenali keras dalam menangani pelbagai kes. Badan pengawas polis saat ini tengah bekerja menangani ratusan aduan berkaitan kebrutalan polis.


sumber;-bernama 




1 comments:

Nuffnang Ads

Followers