Friday 22 March 2013

Filled Under:

RUSUHAN DI MYANMAR JUMLAH KORBAN MENINGKAT..

Naypyidaw, - Jumlah korban  dalam kekerasan rusuhan selama dua hari terakhir antara komuniti Buddha dan Muslim di Myanmar. Sejauh ini, sebanyak 20 orang sudah kehilangan nyawa.

Dua orang tewas pada Rabu (20/3), 10 orang tewas pada Khamis (21/3), dan lapan orang lagi tewas pada Jumaat (22/3/2013, dalam rusuhan di kota Meiktila, Myanmar tengah.

Seorang ahli parlimen dari daerah pemilihan tempatan, Win Htein, mengaku melihat jenazah-jenazah mangsa.

Ahli politik dari parti pembangkang NLD itu menambah, sekitar 1,200 kepala keluarga Muslim telah melarikan diri dari rumah mereka dan berlindung di stadium serta pejabat polis.

"Situasinya tidak baik meskipun kerajaan mengatakan semuanya terkawal," kata Win Htein.

Pihak berkuasa menangkap puluhan orang berkaitan rusuhan yang dimulakan pergolakan antara pemilik kedai emas, dari masyarakat Muslim, dan pelanggan yang berasal dari komuniti Buddha.

cegah Rusuhan

Kejadian itu langsung mencetuskan amarah rakyat dan mencetuskan konflik antara masyarakat Muslim dan Buddha.

Pihak berkuasa menguatkuasakan jam malam selama dua hari terakhir. Jalan-jalan di Meiktila nampak lengang kerana warga takut untuk keluar rumah.

Rumah-rumah warga Muslim dan beberapa masjid dibakar oleh warga yang marah.

Sementara itu seorang pegawai PBB berkata pihak berkuasa Myanmar harus mampu mencegah rusuhan agar tidak menelan korban lebih banyak.

"Para pemimpin agama dan ketua masyarakat juga harus meminta kepada masyarakat secara terbuka agar mereka meninggalkan kekerasan, mematuhi undang-undang dan mempromosikan keamanan," kata Vijay Nambiar, penasihat khas Setiausaha Agung PBB.


sumber;-daily.uk




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers