LAHAD DATU - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan
telah menjadikan lima buah daerah di Pantai Timur Sabah sebagai 'kawasan
keselamatan khas' dalam usaha untuk memperkukuhkan dan menjaga
keselamatan rakyat.
Perdana Menteri berkata, persetujuan untuk mewujudkan kawasan itu
telah dipersetujui Kabinet sebagai bukti kerajaan begitu mengambil berat
mengenai keselamatan dan kedaulatan Sabah yang telah diceroboh
pengganas Sultan Sulu sejak 12 Februari lalu.
Katanya, kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak.
"Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu dan ia
merangkumi tiga komponen utama iaitu awam, polis dan tentera dengan
mandat akan diberikan kepada Ketua Menteri.
"Kerajaan juga bersetuju menambahkan kekuatan pertahanan di kawasan
terbabit dengan menghantar lima batalion lagi merangkumi polis dan
tentera ke kawasan bergolak," katanya pada sidang akhbar di sini
semalam.
Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Sebelum ini, kerajaan telah menghantar dua batalion pasukan
keselamatan ke kawasan bergolak tersebut. Ini menjadikan jumlah pasukan
keselamatan di daerah itu meningkat kepada tujuh batalion.
Satu batalion mengandungi kekuatan kira-kira 400 anggota.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
SUMBER;- KOSMO
Friday, 8 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment