Friday 12 April 2013

Filled Under:

Blog sebarkan rak.aman memalukan

KUALA LUMPUR – Beberapa laman blog semalam menyiarkan gambar yang dirakam daripada video seks yang dipercayai membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dari sebuah negeri di Pantai Timur.
Gambar lelaki itu bersama seorang wanita yang dipercayai pasangannya disiarkan dalam beberapa blog internet.
Gambar daripada video asal berdurasi 11 minit 25 saat itu dikatakan menunjukkan aksi lelaki berkenaan dalam sebuah bilik hotel.
Di Terengganu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, pihaknya menerima maklumat ada pihak menyebarkan gambar serta VCD pasangan tersebut di sekitar Besut pada pukul 7 pagi semalam.
Katanya, penduduk mendakwa menerima sampul surat mengandungi sejumlah gambar dan VCD lucah.
“Anggota polis yang pergi ke tempat kejadian telah merampas 16 keping VCD berkenaan dan beberapa keping gambar lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurutnya, polis masih mengesan pihak terlibat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan identiti pasangan dalam VCD itu kerana belum melihat kandungan video tersebut.sumber





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers