Sunday 14 April 2013

Filled Under:

Kisah Seram :wanita berbaju serba merah dekat kuburan cine




Kisah yang akan aku paparkan ini bukanlah pengalaman ku sendiri tetapi berlaku keatas seseorang rakanku. Yongfu seorang wanita cina. Yongfu berkerja disalah sebuah kelab malam di Malaysia dan sering pulang dinihari. Biasanya, semamsa pulang dari kerja, beliau menumpang sebuah van yang dipandu oleh rakannya. Mereka sering melalui sebatang jalan yang berdekatan dengan perkuburan cina. Pada suatu dinihari, seperti biasa, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, perbualan rancak rancak mereka tiba tiba terhenti apabila rakannya terpandang sesusuk tubuh yang begitu mempesonakan. Wajah wanita yang dilihatnya itu bukan sahaja begitu cantik dan memikat, malah sedang melambau lambai sapu tangan ke arah van mereka. Rakannya berasa belas melihat wanita cantik berjalan sendirian ditenpat sunyi itu. Benaknya terlintas untuk menumpangkannya. Bagaimanapun Yongfu menegahnya kerana berasa curiga. Kenapa wanita secantik itu berjalan sendirian sewaktu dinihari begitu - dekat kawasan perkuburan pulak, Yongfu bertanya didalam hati. Penampilan wanita cantik itu juga menggerunkan kerana dia memakai ceongsam berwarna merah. Kasut dan sapu tangannya juga berwarna merah. Mengikut kepercayaan orang orang cina, sesiapa yang mati dengan berpakaian serba merah, rohnya kelak akan membalas dendam. Van yang sedang menuju ke arah wanita itu terus meluncur dengan laju. Hasrat untuk menumpangkannya dibatalkan apabila menyedari yang mereka sedang melalui sebuah perkuburan cina. Peluh sejuk mulai menyimbah ke tubuh masing masing. Perasaan takut dan takut menyelubungi diri mereka. Tingkap van ditutup rapat rapat. Sedang rakannya memecut vannya, tiba tiba wanita cantik itu sudah berada ditengah jalan yang mereka lalui. Dengan nekad mereka menutup mata dan terus melanggar lembaga yang menghalang mereka itu. Terdengar bunyi dentuman yang begitu kuat dan apabila mereka membuka mata, mereka dapati lembaga berkenaan sudah pun hilang. Lega rasa hati mereka, tetapi kelegaan mereka hanya sementara. Yongfu terlihat wajah wanita tersebut di cermin kiri van itu. Dia sedang berpaut pada pintu van dengan rambutnya mengerbang, sambil menggilai. Menakutkan. Van yang sedang dipandu sudah tidak mengenal arah dan tujuan. wanita itu terus berpaut dan mencakar cakar tingkap kaca yang tertutup itu. Kedua duanya begitu gugup dan tidak tahu apa yang harus mereka lakukan.



 Akhirnya rakan beliau cekalkan hati dan menuju ke arah sebuah stesen minyak Petronas yang dilihat tidak jauh dari situ. Tiba saja ditempat yang terang, wanita tersebut hilang dengan serta merta dan meninggalkan bau yang sangat harum. Mulai hari itu Yongfu tidak lagi pulang lewat dari berkerja malam dan tidak lagi melalui jalan itu.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers