
Menarik seperti bentuk keyboard pada umumnya, sofa Qwerty penuh dengan warna hitam dengan sedikit sentuhan stainless, serta warna putih pada huruf-huruf di permukaannya. Sofa tersebut merupakan karya ZO_loft, sebuah syarikat seni bina dan reka bentuk. Syarikat ini memang menumpukan pada seni bina dan perancangan urban, pameran, reka bentuk dalaman, reka bentuk produk dan industrial, pembangunan produk, grafik, perunding teknikal, art direction untuk syarikat dan pelbagai acara.sumber
Reka bentuk sofa Qwertyunik dari kebiasaan manusia moden menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer. Tidak jarang, mereka yang sudah biasa bekerja tanpa henti di depan komputer selalunya tertidur beralaskan keyboard. Dari situlah ZO_loft membawa kebiasaan ini menjadi inspirasi sebuah benda selesa berupa sofa.
Ya, anda boleh tertidur, bekerja, atau sekadar bersantai di atas butang huruf yang jauh lebih lembut dari butang keyboard. Uniknya, selain dapat berfungsi sebagai sofa dan tempat tidur, sofa ini juga boleh anda atur sesuai kemahuan.
Setiap kekunci hurufnya boleh anda sesuaikan. Ini boleh berlaku berkat motor listrik bersaiz kecil yang diatur dengan sebuah pengendali jarak jauh (remote).sumber
Dengan pelarasan tersebut, sofa boleh berfungsi sebagai karpet atau penyangga empuk bagi lantai tidak rata. Pemiliknya kini boleh tertidur dengan jauh lebih selesa di atas keyboard miliknya. Anda berminat?
fuyoo.. nak gak la satu kerusi tu... hehe
ReplyDeletejom visit site sy...
www.ahmadhasif.info
nak domain free jom cari dekat site sy bace post yg sy post kan..