Ancaman banjir, tanah runtuh (land subsidence) serta naiknya air laut jadi ancaman beberapa bandar besar dunia. Bukan tak mungkin bila dalam 20 hingga 80 tahun ke depan ada kota yang akan lenyap dari peta bumi.Jom semak 5 Bandar Paling Terancam di Dunia seperti berikut ini.
1. Bangkok

Pada tahun 2100, Bangkok diramal akan menjadi Atlantis kedua. Ibu negara Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim kerana kesan rumah hijau, naiknya permukaan air laut, hakisan pantai, dan pergeseran tanah.
Ramalan tersebut dikemukakan oleh ketua Pusat Amaran Bencana Kebangsaan Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, ramalan Smith ditanggapi serius. Sebelumnya dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Lautan Hindi pada tahun 2004.
Selain itu, terletaknya kota yang berada 1.5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.sumber
2. Ho Chi Minh City

Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun, ketinggian paras air ketika banjir meninggi setinggi 2 sentimeter.
3. Shanghai

Struktur tanah yang semulajadi di kawasan paya yang kemudian dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun separuh inchi setiap tahunnya.
Keperluan akan bangunan pencakar langit tersebut merupakan imbas dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk bandar yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.
4. Mumbai

Pada tahun 2008, Kumpulan aktivis Greenpeace menganggarkan, pada tahun 2100, bandar Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh pencairan ais di kutub.
Dalam laporan yang berjudul 'Iklim Migran di Asia Selatan' Greenpeace pencairan ais dikutub disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 darjah kerana pemanasan global.
5. Jakarta

Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedutan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.
"Jika ekstraksi (penyedutan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter," jelasnya seperti dikutip theatlanticcities.com.sumber
semuanya da dekat2 da tu dgn Malaysia..
ReplyDeleteMalaysia pe citer?