Wednesday 17 July 2013

Filled Under:

Harimau Malaya sekadar seri tanpa jaringan menentang Chonburi FC

 
gambar hiasan


MUNGKIN tidak keterlaluan untuk mengatakan persembahan Harimau Malaya tampak ada peningkatan meskipun sekadar terikat seri tanpa jaringan ketika menentang Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Seperti yang diramalkan, kedua-dua pasukan menampilkan aksi agresif sebaik perlawanan dimulakan pada aksi separuh masa pertama.

Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal mempamerkan persembahan positif dengan mempamerkan hantaran pendek sekali gus dilihat selesa mendominasi bahagian tengah perlawanan dan berjaya menebusi kombinasi perancang wakil Thailand itu sepanjang 15 minit pertama.

Penyerang Kelantan, Mohd. Norfarhan Muhammad hampir berjaya membuka jaringan buat pasukan tuan Rumah namun percubaan tepat pemain kelahiran Terengganu itu sekadar melepasi gawang lawan pada minit ke-18.

Skuad negara sekali lagi mempunyai peluang terbaik menerusi Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak namun tandukan Kapten Harimau Malaya itu gagal menemui gawang pada minit ke-28.

Bersambung di separuh masa kedua, pencaturan Rajagobal memasukkan Nazrin Nawi Dan Norshahrul Idlan Talaha benar-benar memberikan kesan kepada jentera serangan Harimau Malaya apabila skuad negara dilihat menguasai sepenuhnya perlawanan tersebut.

Skuad negara dilihat tidak memberikan sedikit ruang kepada Chonburi dengan melancarkan serang bertali arus di benteng pertahanan tetapi Harimau Malaya gagal memanfaatkan peluang terbaik sekali gus menyaksikan keputusan 0-0 kekalahan sehingga tamat perlawanan.

Selepas aksi menentang Chonburi, Harimau Malaya bakal berdepan juara Liga Europa, Chelsea di Stadium Shah Alam pada Ahad depan. - KOSMO!





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers