Saturday, 31 August 2013

Filled Under:

5 Alasan Kenapa Wanita Takut Menjadi Ibu




Menjadi ibu bukan tugas mudah yang boleh dilakukan setiap wanita. Wanita mungkin boleh hamil, namun tidak semua daripada mereka boleh menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anaknya. Bahkan sebaliknya, wanita boleh saja mencampakkan anak jika mereka merasa belum bersedia untuk menjadi seorang ibu. Berikut adalah sebab-sebab mengapa wanita takut menjadi ibu.

1. Belum siap secara emosional

Keadaan emosi seseorang sangat mempengaruhi perilakunya dalam mengambil keputusan. Hamil dan mengurus anak bukan hal mudah bagi wanita. Mereka harus  kematangan emosional untuk boleh mengurus anak dengan baik.

2. Belum siap secara kewangan

Di era modern seperti sekarang, kewangan juga menjadi sebab utama mengapa pasangan menunda memiliki anak. Ini alasan sangat mendasar dan boleh difahami kerana keperluan hidup semakin tinggi.

3. takut keabaian anak

Sebab ini mungkin terdengar cukup aneh dan tidak masuk akal. Namun, beberapa wanita merasa bahawa memiliki anak bukan pilihan yang tepat untuk mereka yang sibuk dan mempunyai kerjaya gemilang.

4. takut gemuk

Normal, jika sebahagian wanita ingin menunda punya anak kerana merasa takut kehilangan bentuk tubuh mereka yang sempurna.

5. trauma

Trauma masa kecil boleh menjadi alasan kenapa seorang wanita belum siap punya anak. Ini boleh difahami dan memang tidak mudah untuk menghilangkan trauma masa lalu. Namun, seiring berjalannya waktu, trauma itu pasti akan terubati.

Inilah lima alasan kenapa wanita belum siap sedia  punyai anak. Apakah anda juga pernah merasakannya?




2 comments:

Nuffnang Ads

Followers