Tuesday 3 September 2013

Filled Under:

Video Ngeri ! Sebuah Kereta Hampir Ditindih Sebuah Batu Yang Besar



Tidak semua orang pernah merasakan pengalamanmelepaskan diri dari bencana alam. Sebuah kejadian terlepas dari maut ini dirakam oleh sebuah video amatur di Taiwan pada 31 Ogos. Sebuah kereta nyaris ditimpa batu besar yang jatuh akibat tanah runtuh.

Rakaman tersebut diambil oleh Lang Hong-wei yang keretanya berada tepat di belakang mangsa runtuhan itu. Saat itu nampak langit sangat gelap dengan hujan begitu lebat melanda bandar Keelung sehingga kereta dipandu agak perlahan. Namun tiba-tiba sebuah batu besar muncul dari sisi  jalan yang berupa bukit.

Rupanya material tersebut adalah hasil runtuhan yang juga menghempaskan sebuah kereta hingga beralih kemudian berhenti. Namun tidak berapa lama kemudian sebuah batu saiz yang sangat besar jatuh tepat di sebelah kereta tersebut. Ngerinya, batu itu sempat condong ke arah kereta sebelum akhirnya diam di jalan.

Minggu ini Taiwan memang dilanda badai tropika Kong-Rey dan menyebabkan sejumlah banjir yang menelan begitu banyak mangsa. Terjadi banyak kesesakan di jalan, jadual kapal terbang dan kereta ditunda, pejabat serta sekolah hingga ditutup semasa cuaca buruk. Sejumlah runtuhan juga terjadi namun ini saat yang paling dramatik yang tertangkap kamera dengan jelas.

   Inilah kejadian yang ngeri kereta hampir ditindih dari batu runtuhan:





1 comments:

Nuffnang Ads

Followers