Saturday 19 October 2013

Filled Under:

Kanak-kanak Dikahwin Dengan Anjing Elak Penggantin Lelaki Diburu Haiwan Buas (VIDEO)

 
BHUBANESWAR, India – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikahwinkan dengan anjing milik jirannya oleh penduduk kampung yang mendakwa perbuatan itu dapat mengelak ‘pengantin lelaki’ diburu haiwan buas.

Lebih 150 anggota puak Munda mengadakan ritual di perkampungan desa Jajpur, Orissa, setelah Sagula Munda didapati tumbuh sebatang gigi pada gusi atasnya.

Bapa kanak-kanak itu, Sanarumala Munda berkata, ritual perkahwinan dijalankan bagi menghalang sumpahan yang boleh menimpa anak lelakinya disebabkan tumbuhnya gigi berkenaan.





 

Ini kerana puak Munda melihatnya petanda buruk serta terdedah kepada serangan haiwan liar.

Ritual tersebut dikatakan merestui kanak-kanak itu dan menghalau roh jahat selepas berlangsungnya majlis perkahwinan.

Sagula diarak oleh keluarga dan penduduk kampungnya ke kuil yang mana sami melangsungkan upacara `perkahwinan’ antara Sagula dan pengantin perempuan, Jyoti, sambil menyanyikan lagu puja-pujaan dalam bahasa Sanskrit.


                                         Jom saksikan Video Menarik Ini :



                                 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers