Wednesday 25 December 2013

Filled Under:

Pelik- Anjing Susukan Anak Harimau di China


Seekor anjing betina bernama Xiao Wang yang mempunyai tiga ekor anak menjadi ibu tumpang kepada dua ekor anak harimau Siberia yang dibuang oleh ibunya , kata seorang penjaga sebuah zoo di China .

Kejadian itu berlaku di Zoo Hangzhou di sini , dalam wilayah Zhejiang di timur China .

Ibu anjing itu dibawa dari sebuah kampung berdekatan bersama tiga ekor anaknya untuk menjadi ibu tumpang kepada dua ekor anak harimau itu yang lahir pada 10 November lalu .

Anak harimau dan anjing itu terpaksa bersaing setiap kali haiwan berbeza spesies itu hendak menyusu .

Kejadian anjing menjadi ibu tumpang bukan pertama kali berlaku di Zoo Hangzhou . Pada tahun 2010 , seekor anak harimau bernama Lucky diperkenalkan kepada seekor ibu anjing selepas haiwan tersebut tidak diterima oleh ibunya .

Perkara sama pernah berlaku terhadap haiwan lain secara semula jadi .

Pada tahun 2005 , seekor anak tupai di Seattle , Amerika Syarikat ( AS ) telah disusukan oleh seekor anjing jenis papillon yang bunting bernama Mademoiselle Giselle .

Harimau Siberia merupakan spesies kucing yang terbesar di dunia dan banyak terdapat di timur Rusia .

Spesies berkenaan juga boleh ditemui di China dan Korea Utara .

Namun , penduduk haiwan itu kini diancam kepupusan apabila dianggarkan hanya 400 sehingga 500 ekor harimau Siberia sahaja yang masih boleh ditemui di habitat asalnya . - Agensi











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers