SEORANG pekerja mengalihkan bangkai seekor lembu yang ditemui di sebuah pantai di Ystad, selatan Sweden semalam. |
COPENHAGEN - Penemuan bangkai hampir 12 ekor lembu yang terdampar di kawasan pantai di Denmark dan Sweden menyebabkan polis di kedua- dua buah negara rantau Scandinavia itu menjadi bingung tentang punca kejadian tersebut boleh berlaku.
Sejak 29 Disember tahun lalu, lapan bangkai lembu ditemui oleh para pengunjung di pantai selatan Sweden dengan tiga ekor lagi dijumpai di Denmark.
Semua bangkai lembu tersebut ditemui dengan sebahagian telinga haiwan itu dipotong.
Polis Denmark dan Sweden menyatakan kelmarin bahawa terdapat kemungkinan lembu-lembu itu dicampak dari atas sebuah kapal ke Laut Baltik.
Pihak berkuasa kini cuba mengesan kapal-kapal pengangkut haiwan ternakan yang melalui perairan dua negara itu sejak beberapa minggu lalu bagi menyelesaikan kes tersebut.Kosmo
0 comments:
Post a Comment