Wednesday 22 January 2014

Filled Under:

Ngeri- 40 Ikan Lumba-lumba Dibunuh Dengan Kejam di Jepun.

 TAIJI, Jepun - Sebanyak 40 ikan lumba-lumba mati dibunuh sekumpulan nelayan selepas haiwan itu terperangkap di sebuah kawasan yang cetek di sini semalam.

Haiwan-haiwan itu dibunuh pada musim para nelayan memburu ikan lumba-lumba.

Sebanyak 52 ekor ikan lumba-lumba ditangkap hidup-hidup untuk dijual kepada pihak pengurusan akuarium dan para pelanggan lain.

Turut dijual ialah seekor anak ikan lumba-lumba albino bersama ibu haiwan tersebut.

Sebanyak 250 ikan lumba-lumba itu terperangkap selepas para nelayan tersebut memasang pukat di kawasan berkenaan sejak Jumaat lalu. -kosmo














0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers