Friday, 24 January 2014

Filled Under:

Sajian Pelik Ikan Beku Cukup Popular di Rusia


Bahagian utara Rusia , memang dikenali sangat sejuk kerana berdekatan dengan kutub utara . Hal inilah yang memberi inspirasi kepada penduduk  sana untuk membuat sajian ikan beku bernama Stroganina . Ya , ikan itu dimakan ketika masih beku .

Ikan yang digunakan dalam sajian ini jenisnya adalah salmon putih , cisco atau sturgeon . Untuk membekalkan seluruh ikan ini , mereka menangkap dari sungai Artik .

Cara pembuatan ikan stroganina pertama adalah membuat lubang - lubang kecil di sungai lalu dipancing dan ikan terus ditarik keluar . Ikan yang dipancing tersebut  dibekukan dengan suhu minus 25 darjah Celsius . SKepala ikan akan digesek - gesekkan dengan ais selama 20 minit hingga meNjadi regang  dan akhirnya membeku .

Selepas dibekukan selama 10 hingga 12 jam , daging ikan akan dihiris kecil - kecil untuk mengelakkan pencairan awal . Ini dilakukan supaya ikan tersebut tidak meleleh hingga siap untuk dimakan . Kerana jika ikan tersebut sempat meleleh maka akan menjadi sebuah penghinaan bagi warga Rusia Utara .

Ikan ini akan disajikan dengan sos yang dibuat dari garam dan serbuk lada hitam . Kadang - kadang juga akan dihiasi dengan daun berri berwarna merah dan hijau . Rasa dari stroganina ini mirip dengan sashimi yang lembut dan segar namun mempunyai sensasi sejuk .












0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers