Friday, 31 January 2014

Filled Under:

Wanita Bertubuh Gempal Ini Mengangkat Berat 30.8 kg Hanya Menggunakan Telinga.

Wanita ini mungkin boleh jadi wanita terkuat di dunia . Bagaimana boleh ianya berlaku ? Ya , hanya dengan telinganya saja ia boleh mengangkat beban berat berkilo - kilogram .

Wanita bertubuh gempal tersebut adalah Asha Rani . Wanita berusia 23 tahun ini berjaya mengangkat beban seberat 30.8 kg hanya dengan dengan telinganya sahaja . Tidak hanya itu , bahagian badan lain iaitu rambutnya ternyata juga sangat kuat , ia mampu mengangkat beban sebanyak 53 kg dengan rambutnya .

Tercatat dalam  kedua tindakan itu dilakukan Asha dengan mengangkatnya setinggi 10 cm dari tanah selama 5 saat . Berkat kemampuannya ini , ia berjaya mencatatkan rekod baru di Guiness Book of Records . " Aku sangat gembira boleh mencapai dua rekod . Ini adalah pencapaian yang terbesar , " kata Asha ketika pemecahan rekod di Leicester , United Kingdom .

Untuk masa hadapannya , Asha bertekad untuk membuat rekod baru . Kali ini ia akan menggunakan kelopak matanya untuk mengangkat beban . Demi mencapai rekod ini , Asha belajar dari manusia terkuat yang lain , Manjit Singh .

Asha juga muncul dalam rancangan pencarian bakat " Britain 's Got Talent " ,  . Disana ia mempamerkan kekuatannya dengan mengangkat salah satu juri , Amanda Holden , dengan telinganya sahaja . 











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers