Tuesday, 28 January 2014

Filled Under:

Wanita Cantik Ini Mempunyai Mata Seperti X-Rays.Video

 Mungkinkah manusia mutan seperti dalam filem X-Men bukan khayalan? Mungkinkah ada manusia seperti Superman yang mempunyai kemampuan melihat seperti X-Ray? Gejala ke arah itu semakin meluas sejak belakangan ini. Telah banyak laporan tentang orang-orang dengan kemampuan unik, salah satunya Natasha Demkina si gadis X-Ray.

Berita soal keistimewaan Natasha sudah beredar sejak beberapa tahun lalu. Gadis dari berasal  Rusia ini boleh melihat isi tubuh seseorang dan kehebatannya digunakan untuk mendiagnosis penyakit.


Berita menghebohkan itu tentu mengundang perhatian saintis. Kita tahu, sains harus penuh pembuktian. Jangan-jangan hoax belaka. Maka Natasha dijemput ke London dan New York untuk eksperimen saintifik. Ia diminta mencari penyakit yang dideritai pada beberapa orang sebagai sampel.

Saintis di London terkejut. Mereka mengakui kehebatan Natasha. Saintis di Amerika agak ragu-ragu, kerana hanya empat daripada tujuh pesakit berjaya didiagnosis dengan memuaskan.


Mendengar hal tersebut, saintis Jepun pun tertarik dan menjemput beliau ke Tokyo. Selama ujikaji, Natasha boleh melihat bahawa salah satu pesakit mempunyai lutut palsu. Pesakit lain mempunyai

letak organ dalam tubuh yang tidak simetri. Ia juga dengan mudah melihat tahap awal kehamilan, bahkan patologi janin pada seorang pesakit wanita yang hamil.
Seorang pesakit lelaki dilihat Natasha mempunyai gerbang tulang belakang yang bergelombang. Para saintis Jepun lalu mengambil gambar si pesakit dengan mesin X-Ray, dan kelihatan hasil foto sangat sama dengan hasil diagnosis Natasha.

Akhir kata, setelah tujuh pesakit selesai 'dilihat' Natasha, tepuk tangan bergema dalam ruang eksperimen. Saintis Jepun terpesona dengan kehebatan gadis berusia 26 tahun ini.

Saintis Jepun membawa seekor anjing Rottweiler yang sudah tua. Awalnya Natasha takut melihat muncung si anjing. Namun para saintis meminta agar memusatkan perhatian pada kuku-kukunya. 5 minit kemudian Natasha menunjukkan ada peranti palsu di kaki belakang sebelah kanan. Ah, rupanya anjing rotweiler ini pernah dibedah sebelumnya.

Dan percubaan pun selesai. Kesimpulannya, Natasha memang punya kemampuan unik, mempunyai mata X-Ray yang boleh mendiagnosis penyakit pada mahluk hidup, manusia atau pun haiwan.

Eksperimen hampir selesai, ketika tiba-tiba Natasha berkata bahawa ia boleh juga melihat penyakit walau hanya lewat foto. Para saintis Jepun semakin terkejut.

Tak lama kemudian, satu saintis datang membawa pasport milik seseorang. Kita tahu, hanya terpampang gambar kecil dalam pasport. Selepas Natasha melihatnya, dalam beberapa minit ia berkata, "Orang ini kena penyakit kanser hati."

Selesai. Saintis geleng-geleng melihat kehebatan Natasha. Lantas, mengapa ia sempat gagal ketika diuji oleh saintis Amerika?

"Saya perlu masa untuk mendiagnosis pesakit. Saya boleh melihat ada yang tak beres dalam tubuh mereka di peringkat awal. Namun doktor Amerika dan para pesakit banyak menonjolkan sikap curiga dan tekanan berlebihan terhadap saya, itulah mungkin penyebab masalah dengan saintis Amerika, "katanya pada media sains.



Sejak Usia 10 Tahun
Natasha Demkina - atau ejaan Rusia yang lebih tepat Natalya Nikolayevna Demkina (Наталья Николаевна Демкина) lahir tahun 1987 di Saransk, Mordovia, Rusia.
ibubapanya mencari keunikan pada dirinya semasa ia berumur 10 tahun. Suatu hari ia berkata pada ibunya tentang struktur tubuh manusia. Kerana masih kecil dan tidak tahu istilah perubatan, Natasha menggambarkan bahawa buah pinggang seperti kacang, dan dalam perut manusia banyak saluran paip (maksudnya usus).

Ibunya ketakutan. Ia pun dibawa ke doktor. Ternyata  doktor terkejut kerana penjelasan Natasha begitu terperinci - walau tidak mengerti istilah perubatan. Beberapa doktor pun dipanggil. Gadis kecil ini lalu menjelaskan ia boleh mengesan sel, bakteria bahkan virus dalam tubuh seseorang.

Sang ibu, Tatyana Demkina takut dengan fenomena ini. Ia berupaya menyembunyikan Natasha di apartmen. Apa daya, berita tentang Natasha telah merebak. Semakin banyak orang berdatangan minta diubati. Satu peristiwa yang sangat ajaib misalnya, ketika datang seorang wanita yang tidak boleh mempunyai anak selepas sembilan tahun berkeluarga. Namun, berkat bantuan Natasha, wanita ini akhirnya boleh punya anak.

Semenjak itu, Natasha jadi terkenal. Orang-orang Rusia menyebutnya "Gadis X-Ray". Di tahun 2004, ia tampil di pelbagai acara televisyen, termasuk Discovery Channel.


Jom saksikan video berikut:





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers