Thursday, 6 February 2014

Filled Under:

Gempar 2 Pemuda Mati Gara-gara Main Permainan Neknomination di Facebook.VIDEO.


Sebuah permainan baru yang kini menjadi trend di Facebook, disebut-sebut sebagai penyebab meninggalnya dua orang pemuda berasal dari Ireland. Kumpulan ini menyebut dirinya sebagai Neknomination di jejaring sosial Facebook. Trend ini berkembang luas dan popular saat ini. 


Rule permainan di kumpulan ini iaitu masing-masing orang yang ingin mendapatkan neknomination harus memuat naik foto atau video meminum alkohol dalam kuantiti yang besar. Kemudian semua ahli kumpulan ini harus memberikan semangat dan memuji keberanian ahli yang memuat naik foto atau video tersebut.

 Dipetik dari dailymail , lelaki berusia 22 tahun warga negara Ireland ditemui mati di biliknya pada Sabtu pagi selepas ambil bahagian dalam pertandingan minum alkohol ini pada malam harinya.




 Selain itu lelaki kedua berusia 19 tahun ditemui mati selepas jatuh ke sungai ketika mabuk setelah mengikuti permainan tersebut. Kakak  lelaki berusia 19 tahun itu menukar namanya di akaun Facebook menjadi "Stop 'Neknomination' before it 's too late. Share this." Ini digunakan sebagai peringatan terhadap kematian adiknya. 

Baginya, permainan tersebut sangat bodoh dan harus segera dihentikan untuk mencegah mangsa meninggal seterusnya. Menteri komunikasi Ireland secara rasmi meminta kumpulan tersebut untuk segera dibubarkan dari Facebook. Menurutnya, permainan tersebut sangat bodoh dan tidak masuk akal tetapi boleh membawa kepada akibat yang tragis.


Jom lihat video berikut:





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers