Saturday, 1 February 2014
Filled Under:
Dunia Misteri
Misteri Kewujudan Mumia Api Kebayan Suku Kaum Ibaloi.
Posted By:
zamri spoon
on 12:30
Misteri Mumia Api Kabayan ialah mumia kaum Ibaloi yang menetap diKabayan, utara Filipina. Mumia ini dianggap sebagai warisan dunia dan Filipina kerana keunikannya dan misteri kewujudannya.
Awalnya, mumia-mumia ini ditemui pada tahun 1900-an dengan keadaan baik di dalam Gua Timbak yang berada di atas gunung. Perjalanan untuk mendaki dan mencari mumia ini memerlukan masa kira-kira 5 jam lamanya.
Kaum asli Ibaloi mengawet ahli keluarga yang mati dengan menyalami mayat mereka di atas api. Setelah mayat kering ianya akan dimasukkan kedalam keranda kayu yang kemudiannya disembunyikan di dalam gua sekitar Kabayan.
Beberapa saintis percaya, mumia api ini sudah wujud sejak tahun 1200-1500 Masehi di 5 bandar yang ada di Filipina dan dikebumikan di dalam gua-gua. Namun sayang, amalan pembuatan mumia ini terhenti kerana Sepanyol menjajah Filipina sekitar tahun 1500-an.
Ada keunikan dalam proses membuat mumia-mumia ini. Proses pembuatannya pun cukup memakan masa hingga berbulan-bulan. Sebelum menjadi mayat, mereka yang mahu dijadikan mumia dipaksa minum air yang sangat masin.
Setelah meninggal, mayat itu dicuci dan diletakkan dengan posisi duduk di atas api (salai) untuk dijadikan mumia. Perkara itulah yang membuat cecair tubuhnya keluar. Asap tembakau juga ditiupkan ke dalam mulut mayat untuk mengeringkan organ-organ dalaman tubuh.
Mumia api yang jumlahnya sedikit ini diburu oleh orang-orang tIDak bertanggung jawab. Oleh sebab itu, kerajaan tempatan melindungi gua-gua yang diyakini terdapat mumia. Mumia api ini termasuk dalam salah satu benda paling terancam di dunia.
Sehingga sekarang, tercatat 28 mumia api yang boleh dilihat pengunjung di sebuah muzium di Kabayan. Lihatlah mumia api dari dekat, bentuk lekuk tubuhnya masih kelihatan jelas. Hampir semua mumia api di Filipina pun kelihatan membuka mulutnya.Terdapat banyak lagi gua sekitar Kabayan tetapi lokasinya dirahsiakan kerana kerjaan Filipina tidak mahu makan-makan ini dijarah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment