Sunday, 10 August 2014

Filled Under:

Kira Yates, Kanak-kanak Mempunyai Wajah Seperti Anak Patung Yang ‘Rosak’


Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun nampak tidak ubah seperti anak patung yang ‘rosak’ apabila lahir dengan penyakit yang menyebabkan tulang pada wajah dan badannya membesar pada kadar tidak normal.

Penyakit dikenali sebagai sindrom Apert menyebabkan Kira Yates juga tidak mempunyai tangan serta kaki yang berbentuk normal, namun kini kanak-kanak itu mempunyai harapan untuk kelihatan seperti rakan sebayanya biarpun terpaksa melalui pelbagai pembedahan rumit serta menyakitkan untuk membina semula tulang-tulang wajah serta badannya.


Sebelum berusia setahun, Kira, yang berasal dari Doncaster melalui pembedahan untuk memperbaiki bentuk mukanya, malah pernah mempunyai 27 temu janji dengan doktor dalam hanya sebulan.

Sejak itu dia menjalani pelbagai prosedur lain termasuk pembedahan 14 jam yang melihat tengkoraknya dipecah-pecahkan sebelum dibentuk semula selain kepingan besi dimuatkan pada mukanya untuk membentuk struktur wajah. 


 
Dia turut dimuatkan batang besi pada tengkuknya untuk menyokong struktur badannya.

Sindrom Apert yang berpunca daripada kecacatan kromosom mengakibatkan tulang tengkorak bercantum terlalu cepat sehingga menghalang pembentukan normal kepala dan wajah.

Kanak-kanak yang mengalami Apert mempunyai mata yang nampak tersembul, namun ‘jatuh’ pada alisnya selain bermasalah gigi disebabkan tulang rahang yang tidak sempurna serta jari tangan dan kaki melekat seperti kaki itik.

Sementara itu, ibunya, Michelle, 47, mengakui keadaan dihadapi sukar, malah dia sekeluarga terkejut ketika Kira dilahirkan.

“Sebaik dia dilahirkan, dia terus dibalut dan diambil daripada saya. Doktor tidak tahu apa yang dihidapinya dan pakar terpaksa dipanggil untuk mendiagnos keadaannya.

“Dia terpaksa disusun semula seperti permainan susun suai gambar.

“Saya tidak pernah mengeluh kerana menganggap Kira cekal dan ‘ajaib.’ Doktor juga terkejut kerana dia menunjukkan tindak balas positif terhadap setiap rawatan,” katanya. - Agensi


Jom saksikan video berikut ini:
 
 
 






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers