Tuesday, 5 August 2014

Filled Under:

Sicyopterus Stimpsoni, Ikan Pemanjat Tebing Air Terjun Yang Menggunakan Mulut


Spesies ikan Sicyopterus stimpsoni atau Gobi nopoli adalah ikan pemanjat air terjun yang 
 mengagumkan. . Sicyopterus stimpsoni memanjat tebing air terjun dengan mulutnya. Ikan ini menghisap permukaan batuan untuk melekatkan dirinya dan memanjat air terjun.
Saintis menghasilkan video mengenai mekanisme memanjat ikan tersebut. Mereka mengetahui bahawa ikan ini juga mempunyai mekanisme yang sama untuk memakan alga. Dalam proses evolusi, ikan ini belajar menggunakan otot yang sama untuk dua aktiviti berbeza.

"Kami terpesona bahawa perilaku ekstrem ikan ini, memanjat air terjun dengan mulut, mungkin dipengaruhi melalui proses evolusi dari perilaku dasar mencari makanan," kata Richard Blob dari Clemson University.

Dalam eksperimen di akuarium, penyelidik membuktikan bahawa mekanisme makan dan memanjat sama. Ikan bergerak dengan menghisap permukaan akuarium yang mempunyai makanan sekaligus beranjak kawasan yang lebih tinggi.

Hasil kajian bahawa Sicyopterus stimpsoni dewasa biasanya hanya mempunyai panjang badan 18 cm. Namun, dengan tubuh kecil itu, mereka boleh memanjat air terjun hingga setinggi 100 meter. Jom saksikan video berikut ini:








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers