Tuesday, 21 March 2017

Filled Under:

Bela 1000 Kucing Sebagai Teman Hidup.


Wanita bernama Lynea Lattazio memilih hidup bersama kucing-kucing peliharannya. Lynea pun tidak keberatan jika perlu tinggal serumah dengan 1,000 ekor kucingnya.

Mereka semua hidup di sebuah rumah di kawasan Fresno, California, Amerika Syarikat. Bahkan, Lynea memberi nama rumahnya sebagai Cat House on The Kings. "Saya tidak gila, tapi yang saya lakukan memang gila," kata Lynea.

Diakui Lynea, dirinya perlu mengeluarkan kos kira-kira 40.260 dollar AS per bulan guna membeli makanan dan ubat-ubatan bagi  haiwan perliharaannya.

Lynea sendiri mula memelihara kucing sejak tahun 1981. Pada masa ini, ia mempunyai 800 kucing dewasa, 100 kucing titipan, dan 100 anak kucing. Dalam mengurus kucing-kucing itu, Lynea dibantu oleh 23 kakitangan untuk meringankan pekerjaannya.



"Masa kecil saya tidak boleh memelihara kucing. Padahal, cuma itu yang saya inginkan. Kucing itu comel, mereka lucu, dan tidak manja seperti anjing. Saya benar-benar suka kucing, "kata Lynea.

Bahkan, Lynea pun berjaya menyelamatkan sejumlah kucing yang pernah akan dibunuh oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

"Dalam satu tahun saya sudah menyelamatkan 86 ekor kucing yang akan dibunuh. Dalam tiga tahun akan datang, saya sudah mempunyai 350 ekor kucing. Akhirnya, yang saya lakukan itu tersebar dan orang-orang mulai meletakkan kadbod mengandungi kucing terbiar di depan pintu rumah saya. "kata wanita berambut pendek itu.



Jumlahnya, Lynea sampai tidak hafal nama-nama kucing peliharaannya. "Waktu jumlah mereka masih 350, saya masih hafal. Sekarang tidak lagi, "kata Lynea.

Sedar akan kos rawatan kucing yang tidak sedikit, Lynea pun kerja keras untuk mencukupi keperluan haiwan-haiwan kesayangannya.

"Saya perlu menjual cincin kawin berlian dan kereta Mercedez untuk mencukupi keperluan mereka yang terus melambung," tutup Lynea.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers