Monday, 5 February 2018
Filled Under:
unik
Di Pulau Pelik Ini Majoriti Penduduknya Ialah Burung.
Posted By:
zamri spoon
on 22:00
Bila diperhatikan pulau kecil ini kelihatan biasa sahaja. Kosong tidak berpenghuni dan juga tidak ada pemandangan yang nampak menarik. Lantas keunikan apa yang tersimpan dalam pulau ini?
Pulau Grassholm, sebuah pulau kecil yang terletak 13 km di pantai barat daya Pembrokeshire, Wales.Sekitar bulan April hingga September, di pulau yang keluasannya 200 meter persegi ini muncul pemandangan yang luar biasa. Hampir seluruh permukaan pulau dipenuhi oleh puluhan ribu burung Gannet. Jumlahnya kurang lebih 39000 ekor atau kira-kira 10% daripada penduduk dunia.
Sekitar bulan April-September merupakan musim mengawan bagi burung tersebut. Dulu pertama kali burung itu menghuni pulau tersebut pada tahun 1860. Kemudian pada tahun 1872, ditemui kira-kira 12 pasangan mula berkembang biak di sana. Penduduknya berkembang semakin besar, pada tahun 1890 jumlah mereka didapati telah mencapai lebih dari 200 ekor. Sejak saat itulah penduduk Gannet berkembang pesat dan terus meningkat.
Tidak hanya itu masih ada pemandangan aneh yang diperlihatkan oleh pulau kecil ini. Setelah dipenuhi oleh puluhan ribu burung selama beberapa bulan, hampir seluruh permukaan pulau Grassholm ini berubah warna, tidak lagi hijau melainkan putih. Tidak lain disebabkan oleh najis yang membunuh rumput.
Mungkin anda harus berfikir dulu sebelum mendekati pulau ini. Bayangkan saja najis dari puluhan ribu ekor burung, tentu sangat besar jumlahnya. Hanya berada di sekitar pulau ini saja bau tahi burung sudah mulai terhidu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
takut kena sunami
ReplyDelete