Friday, 9 February 2018

Filled Under:

Laut Terbelah Dua di Korea.


Fenomena atau misteri  laut terbelah adalah hal yang menakjubkan, sebab sangat jarang peristiwa dahsyat itu berlaku kecuali pada zaman Nabi Musa saja. Nah, yang terdapat di Korea Selatan, tempatnya di Pulau Jindo ini hampir seakan-akan dengan fenomena laut terbelah, walau sebenarnya bukan.

Keunikan alam yang berlaku di Pulau Jindo adalah pada saat air laut surut, sebuah daratan yang panjangnya mencapai 2.8 km kelihatan dan dapat dilalui oleh manusia dengan mudah. Kerana lebar daratan yang mencapai kira-kira 60 meter, maka yang nampak adalah laut yang terbelah pada saat daratan itu muncul.

Menyaksikan hal demikian, fenomena tersebut sangat menakjubkan banyak pelancong yang lantas berramai-ramai cuba melalui daratan tersebut bila laut sedang surut. Daratan tersebut memang boleh dilalui walau ada beberapa bahagian batu karang dan pasir yang juga dihuni fauna laut.

Mereka menuju ke arah Pulau Modo yang diduga dulunya menjadi satu dengan pulau Jindo. Namun pelancong hanya punya waktu 1 jam sahaja, sebelum air laut kembali pasang dan Menggelamkan kembali daratan tersebut.

Penduduk sekitar Korea menyebut lokasi unik itu Moses Miracle, sebab mirip dengan keajaiban Nabi Musa dulu, walau tentu tidak sama secara definisi dan kejadiannya.

Untuk mencapai Pulau Jindo, anda harus melalui jarak 5 jam perjalanan dari bandar Seoul dengan bus jurusan Seoul-Jindo. Bas pelancongan tersebut hanya berangkat 4-5 kali saja per hari, sehingga masanya mengikut jadual harian.
 










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers