Tuesday, 6 February 2018
Filled Under:
unik dan pelik
Tasik Paling Cantik di Dunia
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Di Croatia terkenal dengan Tasik Plitvice. Yang disebut-sebut dengan Tasik Terindah di dunia ketika ini. Bukan tanpa alasan membuat tasik yang pelik ini menyandang sebagai tasik terindah di dunia, oleh itu kewujudan tasik ini dikelilingi oleh 3 Gunung sekaligus dan juga tebing-tebing yang sangat unik, menjadikan pemandangan begitu natural dan sedap di mata.
Perkara unik yang terdapat di Tasik Plitvice, adalah keadaan airnya, pada saat-saat tertentu warna dari air Tasik Plitvice akan sentiasa berubah, dan tentunya akan menyempurnakan keindahan tasik tersebut. Terkadang air tasik berwarna biru, hijau dan terkadang kelabu. Perubahan warna bergantung musim kerana ini berasal dari sumber mineral yang terkandung di sana.
Tasik Plitvice terbahagi atas dua bahagian, iaitu tasik atas dan bawah. Mata anda akan dibuat terpukau oleh kecantikan air terjun yang mengalir dari satu tebing ke tebing yang lain. Datang ke sana, anda akan di sajikan dengan pemandangan alam yang menakjubkan. Hutan rimbun mengelilingi kumpulan tasik dengan air jernih ini. Belum lagi kalau bernasib baik bertemu dengan rusa atau burung sana yang jarang dijumpai.
Untuk mencapai pusat tasik, anda boleh melalui jalan yang diperbuat dari jambatan kayu. Jambatan ini memang sengaja disiapkan pengelola untuk dilalui setiap pengunjung yang datang. Sambil berjalan melewati jambatan, anda boleh menikmati suasana hutan Eropah Timur yang masih asli dan hijau. Tidak hairan, kecantikan, keindahan, dan keaslian tempat ini membuat UNESCO menetapkannya sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1979.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment