Tuesday, 22 May 2018
Filled Under:
unik
Pawagam Terapung Yang Pertama Didunia
Posted By:
zamri spoon
on 09:00
Seorang arkitek bernama Ole Scheeren telah merancang pawagam terapung yang terletak di lagun Nai Pi Lae, Pulau Kudu, Thailand untuk Festival Filem on the Rocks Yao Noi. Pawagam terapung itu digelar sebagai "Archipelago Cinema", yang dibuat dengan menggunakan rakit nelayan tempatan dan menggunakan ban agar terapung.
Skrin diletakkan pada platform berasingan di depan dua batu pulau yang menjulang di tengah-tengah teluk, memberikan pengalaman yang menakjubkan untuk tetamu yang menonton filem.
Melalui Archipelago Cinema, Scheeren ingin mewujudkan rasa temporalitas dari keindahan dan permainan yang datang bersama-sama secara rawak untuk sesaat.
Teater itu berdiri dari 09-13 Mac, 2012 dan dibongkar selepas perayaan. Pawagam terapung itu dijangka akan dibina semula untuk festival tahun depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment