Dan Janssen (38) tinggal di Maryland sebagai seorang tukang kayu. Ketika ia masih remaja ia memutuskan untuk menjadi vegetarian sekalipun ia membenci sayuran. Kini, ia gemar memakan adunan pizza vegetarian setiap hari dan punya kesihatan yang tetap sihat.
Ketika masih belajar di Harvard dulu, seperti yang dilaporkan oleh DailyMail.co.uk, Dan bekerja di Domino untuk mengatasi ketagihan makan pizzanya ini. Agar tidak rugi dan boleh memenuhi keperluan makannya,peliknya. Bila banyak orang mengelakkan menu berat sepertinya, Dan malah selamba saja dan masih menikmati pizza dengan santainya.
Keluarga Dan mempunyai penyakit diabetes, tetapi setiap ia melakukan pemeriksaan kesihatan, doktor selalu menyatakan bahawa ia sangat sihat.
"Aku adalah lelaki yang aktif, aku gemar berbasikal dan merasa sangat sihat," katanya.
Bagi lelaki yang ketagih makan pizza keju ini, pizza layaknya keperluan seks yang harus mencukupi. Sekalipun bagi orang tidak selalu kelihatan baik, nafsu makan Dan selalu muncul ketika melihat pizza.
"Kalau boleh aku berkata pada dunia, sebenarnya kau tidak akan sakit dan akan baik-baik saja walaupun makan pizza setiap hari," tambahnya.
Demi cinta Don Janssen akan mengubah kebiasaannya
Kini, Don mempunyai seorang tunang yang juga vegetarian. Biasanya mereka selalu pergi ke tempat-tempat makan yang memang menyediakan menu pizza. Namun, Don merasa hal ini sangat egois baginya. Baru-baru ini, ia melakukan terapi dengan pakar pemakanan agar ia boleh mengatasi ketagihan pizza dan boleh makan makanan lain.
Sekitar empat tahun yang lalu, ia pernah makan buah pic, dan rasanya cukup enak.
"Saya tidak pernah berfikir cuba makanan lain, tetapi saya tidak akan menyerah demi cinta," katanya lagi.
Macam-macam kepelikan manusia ni kan.. Hehe.. Apa-apa pun semoga beliau berjaya mengurangkan ketagihan itu
ReplyDelete