Thursday, 3 January 2019

Filled Under:

Kucing Berusia 5,500 Tahun



Sekumpulan ahli arkeologi menemui sejumlah mumia kucing yang dipercayai digunakan dalam ritual pengorbanan ketika Tamadun Mesir Purba, kira-kira 5,500 tahun lalu.

Selain itu, mereka buat julung-julung kalinya menjumpai sejumlah mumia kumbang scarab dan sebuah makam firaun Dinasti Kelima di lokasi sama iaitu dekat kompleks piramid Raja Userkaf, nekropolis purba Saqqara arah selatan Kaherah.


Kucing dikenali sebagai Mau dipandang penting dalam masyarakat Mesir sebelum dilihat sebagai simbol rahmat. Komuniti Mesir purba dipercayai memelihara kucing sejak tahun 3,700 Sebelum Masihi.

Masyarakat Mesir purba turut menganggap kucing sebagai haiwan suci dan mengawet bangkai haiwan itu selepas mati selain menganggapnya sebagai dewa Bastet.







Sebanyak tujuh makam lama ditemui kumpulan arkeologi itu dengan tiga daripadanya untuk mumia kucing dan salah satu daripada empat kubur lain adalah milik Khufu-Imhat iaitu penjaga bangunan di istana diraja.

Menteri Antikuiti Mesir, Khaled el-Enany menyatakan penemuan makan itu dijumpai ketika kerja-kerja ekskavasi bermula pada April lalu di kawasan tersebut. -kosmo.my



Jom saksikan video menarik ini:







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers