Rangka sebuah kapal karam yang ditenggelami pasir di Tasik Michigan sejak beratus-ratus tahun lalu telah muncul kembali dan menarik perhatian penduduk setempat.
Kumpulan penyelidik percaya rangka tersebut milik kapal LC Woodruff, sebuah kapal layar yang karam di tasik berkenaan pada November 1878 tetapi perkara itu belum dapat disahkan.
Penduduk setempat mula melihat rangka kapal tersebut sejak seminggu lalu di kawasan Pantai Sylvan, kata pengarah pembangunan komuniti bagi Biro Konvensyen dan Pelawat Daerah Muskegon, Bob Lukens.
Penyelidik Muzium Warisan Muskegon yang juga penduduk setempat, Allan Dake, memaklumkan rangka kapal itu bukan kali pertama muncul di tebing Tasik Michigan kerana pernah muncul pada 1942 dan 1974 sebelum dilitupi semula di bawah timbunan pasir.
Penduduk setempat mengambil kesempatan melihat sendiri malah bergambar dengan bangkai kapal tersebut kerana dipercayai akan kembali tenggelam beberapa hari selepas ia muncul, seperti yang berlaku pada 1974. – Agensi
Jom saksikan video berikut ini:
0 comments:
Post a Comment