Tuesday, 15 January 2019

Filled Under:

Sebab Kenapa Kebanyakan Banggunan Di Hong Kong Berlubang



Hong Kong merupakan sebuah bandar metropolitan yang sangat pesat membangun dan tidak hairanlah menempatkan ratusan bangunan pencakar langit.

Namun, dalam pada itu ada sesuatu yang unik pada reka bentuk kebanyakan bangunan tinggi di sini. Bagi anda yang pernah menjejakkan kaki ke sini, mahupun biasa melihat imej bandaraya Hong Kong pasti perasan tentang satu perkara.

Kebanyakan bangunan di sini, memiliki struktur yang 'berlubang' di bahagian tengahnya. Unik, kan? Mengapa ia sedemikian rupa? Jom baca selanjutnya untuk mengetahui jawapannya.



Memetik laman Amusing Planet, kaum Cina sememangnya terkenal dengan feng shui, dan ia diaplikasikan bukan sahaja di dalam kediaman, perabot dan juga posisi kerja di pejabat. Ia turut disuntik ke dalam reka bentuk bangunan khususnya bangunan pencakar langit seperti di Hong Kong.

Dipercayai ia mampu mengelak dari energi negatif yang boleh menyebabkan perkara tidak baik dan juga kerugian.

Melihatkan landskap Hong Kong itu sendiri, ramai percaya pertumbuhan pesatnya disebabkan ia terletak di tengah-tengah kawasan pergunungan dan juga laut. Dan menurut sejarahnya, gunung merupakan rumah bagi haiwan naga, makhluk yang membawa energi positif yang sangat kuat.

Melalui kepercayaan itulah terhasilnya bangunan yang menambahkan 'lubang naga' di tengahnya agar si naga dapat melakukan perjalanan dengan lancar, menurut ahli fengshui.




Dan akhirnya energi positif sentiasa hadir dan terpancar di seluruh bandaraya Hong Kong. Begitulah legenda yang dipercayai mereka.

Pastinya ia bukan sesuatu yang pelik kerana setiap bangsa di dunia mempunyai kepercayaan masing-masing dan mempengaruhi rekabentuk bangunan tertentu di negara mereka




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers