Wednesday, 16 January 2019
Filled Under:
unik dan pelik
Tradisi Bakar iPhone Untuk Orang Mati.
Posted By:
zamri spoon
on 10:00
Ada banyak cara yang dilakukan oleh penduduk Hong Kong dalam menghormati roh ahli keluarga mereka yang sudah meninggal. Salah satunya dengan tradisi unik bakar iPhone dan wang di Festival Ching Ming.
Pada festival tersebut, mereka kelihatan beramai-ramai membakar sesuatu yang ditujukan kepada roh ahli keluargar sebagai bekalan di syurga. Mereka percaya bahawa apa yang telah dibakar dapat disampaikan di sana.
Benda yang paling banyak dibakar biasanya berupa wang kertas. Tidak jarang, pelbagai benda kesukaan mereka seperti pemotong rambut, baju dan bahkan iPhone juga turut dipersembahkan. Tenang saja, iPhone yang dibakar tentunya bukanlah benda asli melainkan replika yang diperbuat daripada kertas.
"Inilah di mana ibu bapa dan datuk saya dikebumikan," kata salah seorang peserta festival. "Kami datang ke sini untuk menghormati mereka setahun sekali."
Tradisi tahunan yang jatuh setiap musim luruh tersebut dipercayai sudah dilakukan sejak tahun 220 sebelum Masihi. Mereka percaya masa di syurga nanti, keluarga di sana tidak akan merasakan kedinginan. Tradisi membakar sesuatu sebagai bekal roh ahli keluarga pun dijadikan warisan turun temurun hingga sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment