Sunday, 29 December 2019

Filled Under:

Tinggal Bersama Dengan King Kobra.

 Kebanyakan manusia akan ketakutan jika bertemu dengan ular, walaupun kadang-kadang ular tersebut tidak beracun . Rasa takut terhadap ular memang perkara yang wajar. Jika bertemu dengan ular, kita akan selalu mengelakkan atau lari lintang pukang.

Demikian juga dengan kanak-kanak, selalu mempunyai rasa takut terhadap ular. Tapi hal itu berbeza dengan gadis kecil berumur 11 tahun bernama Kajol Khan yang berasal dari Ghatampur, Uttar Pradesh, India. Ia sehari-harinya hidup dengan ular berbisa.

Bukan hanya ular berbisa biasa, tapi ini adalah raja segala ular, iaitu  ular tedung. King kobra sendriri terkenal reputasinya sebagai pemangsa ular lain. Sehingga pertemuan dengan king kobra sangat dielakkan.

Tapi bagi gadis ini, hidup dengan ular berbahaya ini menjadi sebahagian kehidupannya. Saat ia makan, bermain bahkan hingga tidur, selalu ditemani ular-ular berbisa tersebut. Walaupun ular tersebut mempunyai racun yang sangat merbahaya.

"Saya sangat gembira dengan ular tedung. Memang menyakitkan apabila mereka menggigit, tapi saya tahu itu kesalahan saya. Dan saya sangat menikmatinya bermain dengan ular-ukar tersebut,"  kata Kajol.

Kajol sendiri merupakan keturunan dari bomoh ular, ayahnya Taj Mohammad merupakan bomoh ular, yang sudah bergaul dengan haiwan merbahaya ini selama 45 tahun. Ia telah mewariskan kepakaranya kepada anaknya yang berumur 31 tahun. Dan kini, anak perempuannya mengikuti jejaknya sebagai bomoh ular.

"Saya tidak suka pergi ke sekolah, saya lebih baik bekerja dengan ular-ular tersebut," tambah Kajol yang admin  kutip dari Mail Online.










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers