Monday, 6 January 2020

Filled Under:

Bandar Ini Hilang Akhirnya Ditemui.


Cerita bandar Atlantis, memang menjadi buah mulut selama berabad-abad. Banyak yang mengatakan bandar itu hanya mitos semata, tidak nyata adanya. Tetapi di dunia ini, banyak bandar terkubur lain di bawah laut, yang lambat laun mulai dijumpai.

Seperti bandar Thonis Heracleio, yang keberadaannya mulai dijumpai dengan penemuan patung-patung serta alat lain di bawah laut, tempatnya di laut Mediterranean. Bandar legenda ini dipercayai hilang kira-kira 1,200 tahun yang lalu.

Namun dengan adanya teknologi moden, maka sedikit dem sedikit, cerita tentang bandar ini mulai menjadi buah mulut, termasuk di mana letak bandar ini menghilang.



Bandar ini dijumpai di sepanjang pantai utara Mesir, awal abad ke-21 dan kota ini diyakini sebagai pusat perdagangan antara Greece dan Mediterranean, untuk memasuki Mesir. Para ahli arkeologi sendiri telah menemui kira-kira 64 bangkai kapal, syiling emas, dan patung raksasa.

Demikian juga lempengan batu dari Yunani dan Mesir kuno, telah diangkat ke permukaan. Awalnya sangat sukar mencari bandar legenda ini, kerana terkubur oleh sedimen setebal 5 meter.


Diduga, kenaikan air laut yang menyebabkan bandar ini menghilang ke dasar laut, digabungkan dengan hakisan besar sedimen yang menyokong bandar tersebut.

"Penemuan ini baru awal dari kajian. Kami akan bekerja terus jika membolehkan dalam 200 tahun hadapan, agar semua perkara tentang bandar ini terbongkar dan boleh difahami. Bandar ini sangat mengagumkan," kata Dr Damian Robinson







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers