Thursday, 23 January 2020

Filled Under:

Ditemui Setelah 337 Tahun Menghilang.

 Netherlands - Sebuah kapal perang yang hilang tahun 1677 ditemui. Kapal perang milik Belanda ini menjadi saksi pertempuran berdarah antara Belanda dan Perancis ratusan tahun yang lalu.

Disiarkan oleh National Geographic, pada 3 Mac 1677 Tentera Laut Perancis melancarkan serangan sengit kepada Belanda di Rockley Bay, Tobago. Pertempuran yang terjadi di antara Perancis dan Belanda memakan korban serta banyak kapal-kapal yang tenggelam. Pembantu professor arkeologi maritime di University of Connecticut bernama Kroum Batchvaroc berkata kira-kira 2,000 orang terbunuh dan 14 kapal kandas, salah satunya adalah kapal perang  milik Belanda Huis de Kreuningen.




"Yang pertama kali kami ditemui adalah meriam," kata Batchvarov. Para penyelidik akhirnya mencari sekurang-kurangnya tujuh meriam besi dan beberapa senjata selepas menggelilingi  dunia arkeologi selama 17 tahun dan akhirnya mereka mendapati kumpulan kapal tenggelam sisa perang di teluk Rockley.

Para ahli arkeologi mencari beberapa benda yang berada di kapal seperti tong bir dengan ukiran jeneral tentera zaman kuno, seperti Joshua, David, dan Alexander Agung. Bahkan ditemui pula meriam dengan saiz 40 meter.


 Akan tetapi, karena belum adanya kemudahan konservasi yang mencukupi di sekitar penemuan tersebut, Batchvarov dan rakan memutuskan untuk meninggalkan runtuhan Huis de Kreuningen di bawah laut.





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers