Sunday, 2 February 2020

Filled Under:

Kertas Menu Makanan Peninggalan Kapal Paling Mahal.

 Barang-barang peninggalan kapal Titanic kembali dilelong. Kali ini adalah menu makanan, kad pos dan pelan kabin yang selama ini disimpan oleh keluarga Elise Lurette. Harga yang ditawarkan pun hebat hingga mencapai berbilion-bilion ringgit.

Diantara ketiganya, kertas berisi menu makanan bertarikh 12 April 1912 atau 2 hari sebelum Titanic melanggar bongkah ais adalah yang termahal di lelong oleh Devizes. Tidak masuk akal, sekeping kertas yang diraih penumpang bernama Elise Lurette itu ditawarkan dengan harga awal US $ 110 ribu .

Elise Lurette sendiri merupakan seorang pembantu keluarga Spencer yang kaya raya. Ia yang berumur 59 tahun dikala kapal Titanic tenggelam itu berjaya selamat bersama majikannya, Marie Spencer.


Dari kertas itu kelihatan Elise mencoret Wales rarebit dan telur Omer Pacha yang sudah diambil oleh majikannya. Senarai makanan lain juga boleh didapati seperti daging biri-biri panggang, kentang, greengage tart, ikan salmon mayonis, termasuk juga Roquefort dan St Ivel (Sebuah jenama keju dan produk susu dari london). Menu makanan itu dikhabarkan satu-satunya benda peninggalan Titanic 2 hari sebelum karam kerana selama ini yang paling banyak ditemui saat karam iaitu 14 April 1912.

Rencananya ketiga benda tersebut akan dijual di Devizes pada 18 Oktober 2014 Keadaan barang yang dijumpai itu cukup baik, dan ada coretan tangan asli dari Elise Laurette. Kad pos bergambar Titanic ia tulis dan dihantar pada anak saudaranya itu dilelong  Keadaan kad pos Elise juga cukup baik, walaupun ada sedikit koyak . 


 Dari deck plan yang dibawa Elise juga ada tulisan "Departe le 10 Avril" yang ertinya berangkat pada 10 April. Ia juga menyilang nombor kabin yang ia tempati agar mudah mencari tempatnya.

Karamnya kapal Titanic menewaskan lebih dari 1,500 orang, salah satunya majikan Elise, William Spencer. Ada juga multi-milioner lain yang maut seperti Isador Strauss, John Astor dan Benjamin Guggenheim yang tidak mendapat ruang di sekoci yang terhad.

 







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers