Thursday 9 April 2020

Filled Under:

Charger Handphone Terkecil Didunia




Sebuah syarikat teknologi mendakwa bahawa charger telefon miliknya adalah yang terkecil di dunia. Charger telefon ini dibuat dengan tujuan untuk menyimpan tenaga elektrik bagi pengguna dalam keadaan darurat, ketika bateri mereka sedang tenat atau habis.Charger telefon ini mempunyai nama jenama Fuel Micro Charger, ukurannya setanding dengan setengah kunci kereta Toyota.Fuel Micro Charger direka untuk memberikan tambahan 20 hingga 30 minit masa bercakap, atau sampai beberapa jam jika telefon dalam keadaan bersedia.

Fuel Micro Charger, didakwa sebagai chager telefon terkecil di dunia


Devotec Industries, syarikat teknologi yang berpusat di Massachusetts Amerika Syarikat sebagai penciptanya mengatakan bahawa:


    "Fuel Micro Charger adalah charger telefon bimbit yang sempurna bagi anda ketika dalam keadaan tak terduga dan belum mampu sepenuhnya mengisi bateri telefon anda, atau anda perlu membuat beberapa panggilan telefon, menghantar e-mel pejabat, menggunakan GPS dan fungsi peta untuk mencari jalan pulang."


Fuel Micro Charger boleh menambah waktu bicara hingga 30 minit

Untuk menggunakan Fuel Micro Charger ini, pengguna hanya perlu menyalakan suis, dan menghubungkannya ke telefon bimbit mereka, maka pengisian bateri akan bermula.
Charger telefon terkecil di dunia ini mempunyai ukuran panjang 3.3 cm, lebar 2,3 cm dan tebal 1,3 cm. Devotec Industries optimis bahawa peranti charger telefon terkecil di dunia ini akan berjaya di pasaran.


Chager telefon terkecil boleh memberikan anda dalam perjalanan jauh


Chager telefon terkecil boleh memberikan anda dalam perjalanan jauh
 Setakat ini, charger telefon telah berjaya mengumpul dana $ 28.475, sehingga pengeluaran pertama Fuel Micro Charger segera dijalankan, dan para peminatnya boleh memakainya beberapa bulan lagi, seperti yang dilansir di Kickstarter.SUMBER





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers