Melakukan bungee jumpin memang dianggap mengasyikkan bagi para penggemar sukan ekstrem. Namun, ada baiknya kalau kamu persiapkan segala-galanya sebelum memutuskan untuk melompat. Jangan sampai seperti lelaki ini.
Lelaki bernama Mairtin Farragher berasal dari Ireland ini boleh dikatakan merupakan lelaki yang berani .Sebabnya, dia mampu melakukan bungee jumping di tebing tertinggi di dunia yang berada di Bloukran 's Bridge, Afrika Selatan. Meskipun berani, rupanya lelaki ini cukup cuai.
Kenapa dikatakan cuai? Kerana sebelum melompat, lelaki ini justru tidak mengeluarkan benda-benda yang ada di saku seluarnya. Akibatnya, saat melompat dan melantun akibat tali bungeenya, dia kehilangan iPhone kesayangannya. Selain iPhone, kamera Go Pro miliknya juga jatuh, namun sempat diselamatkan oleh Mairtin.
Video detik-detik dirinya kehilangan iPhone yang 'meluncur' dari saku seluarnya dipost di Facebook milik Mairtin sendiri dan Twitter milik akaun rasmi CNN. Dikatakan dalam video kalau dirinya tidak sedar kehilangan iPhone sampai dirinya merasa kehilangan beberapa wang syiling yang ada di saku seluarnya.
Rupanya, kejadian ini bukanlah yang pertama bagi Mairtin. Sebelumnya, dia sempat kehilangan iPhonenya kerana dicuri, namun berjaya diselamatkan oleh polis.
Dari kejadian ini, kamu yang ingin melakukan bungee jumping sebaiknya periksa dulu isi saku seluar kamu, sehingga kejadian sama boleh dicegah.Jom saksikan video berikut ini;
0 comments:
Post a Comment