Pertama kali penulis mendengar nama Pisang 40 hari adalah melalui jiran yang bernama Makcik (bukan nama sebenar). Makcik memang suka menanam pelbagai jenis pisang. Tidak sangka ada sejenis pisang yang Makcik tanam yang dipanggil pisang 40 hari.
Apa yang unik mengenai pisang ini? Benarkah kata ‘Makcik’ bahawa pisang ini akan masak setelah 40 hari jantung pisang keluar? Penulis pun membuat sedikit kajian dan pertanyaan kepada rakan-rakan.
Pisang 40 hari dipercayai adalah pisang lemak manis kerana rupa fizikalnya yang sama. Di sebahagian tempat ia dipanggil Pisang Mantan, Pisang Boyan dan Pisang Bulin. Rasanya lemak manis dan memang sedap dibuat cucur pisang atau lebih mesra disebut ‘cekodok‘. Ada juga yang menggunakan pisang ini dalam masakan (masak lemak cili api). Namun, jika buah pisang masak ranum, ia dikatakan sedikit sukar untuk mengupasnya kerana kulit pisang ini melekat pada isi buah.
Terdapat 2 pendapat mengapa pisang ini dinamakan pisang 40 hari. Pendapat 1 menyatakan memang benar pisang ini akan masak40 hari selepas keluar jantung. (Beliau sendiri telah menanam pisang tersebut ). Pendapat 2 pula menyatakan pisang ini di namakan pisang 40 hari adalah kerana pisang ini sering di hidangkan dalam majlis jamuan tahlil selepas 40 hari arwah meninggal.
Kita tinggalkan 2 pendapat tersebut untuk anda fikir-fikirkan. (Penulis lebih suka kepada pendapat 1). Jika anda mempunyai cerita atau info mengenai pisang 40 hari ini, harap dapat dikongsi bersama
sumber;http://fazlisyam.com
0 comments:
Post a Comment