Pokok pisang macam ibu mengandung’
FELDA SUNGAI KELAMAH - Seorangpeneroka yang tertanya-tanyaberkenaan batang pokok
pisang di belakang rumahnya apabila dikatakan seperti ibu mengandung akhirnya berasa lega apabila mendapati terdapat buah pisang yang keluar dari celah batang berkenaan.
Peneroka berkenaan, Shamsudin Baharom, 59, berkata, dia menunggu hampir dua bulan untuk melihat sendiri isi yang terdapat di dalam batang pokok pisang jenis pisang susu itu kerana belum pernah lagi kejadian seperti itu berlaku di Felda berkenaan.
Menurutnya, sejak awal tahun lalu, pisang dari jenis tandan yang sama telah menunjukkan keanehan apabila jantungnya tumbuh menghala ke atas dan bukannya seperti biasa ke bawah.
“Jadi bila saya sedar terdapat kelainan kali ketiga pada pokok pisang ini saya tidak sabar untuk melihat hasilnya dan sebaik sahaja batang pisang ini merekah, buahnya terus keluar dan bukannya jantung pisang seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, sepanjang lebih 30 tahun dia menetap di situ, dia tidak pernah melihat keanehan seperti ini dan ada antara rakannya menyatakan tuah bakal mengiringinya.
“Saya tidak berharap sangat, cuma saya ingin kongsi keanehan pokok pisang ini sahaja,” katanya
aneh tapi nyata
ReplyDelete