Tuesday, 13 November 2012

Filled Under:

Datok Panglima Bukit Gantang (sejarah)



Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang Mempertahankan Serangan Tentera Musuh Bisik Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai dalam tahun 1821.
Dalam meniti sejarah negeri Perak kita pasti akan bertemu dengan satu nama atau gelaran yang terkenal iaitu Datuk Panglima Bukit Gantang. Hari ini pula, gelaran ini masih lagi digunakan dan merupakan gelaran kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan. Ia juga merupakan lambang kepahlawanan ketika itu memerangi penjajah demi memelihara kepentingan agama Islam.
Keperihatinan kerajaan negeri dari aspek sejarah menyebabkan nama ini diabadikan pada beberapa tempat termasuklah nama tempat, nama bangunan, sekolah,dll di sekitar Bandaraya Ipoh dalam negeri Perak. Selain dari itu, masyarakat kita hari ini tidak banyak mengetahui asal usul gelaran pada nama tersebut. Izinkan kami memberi sedikit penjelasan.

Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang ialah Raja Siam Songkhla merangkap Bendahara Empayar Islam Benua Siam Kedah pada tahun 1821. Menurut Undang-Undang Kedah jawatan Bendahara pada zaman dahulu adalah setaraf dengan jawatan Raja Muda.
Sebelum pada itu pada tahun 1801, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang pernah bersemayam di Istana Kota Bukit Gantang, Perak Darul Ridzuan. Pada zaman dahulu wilayah ini adalah sebahagian dari wilayah Kedah. Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin ialah anakanda kepada Raja Kamboja Cempakasari iaitu Pho Chan Koya Long bergelar Sultan Mudzafar Syah III Kedah.
Nama Sultan Mudzaffar Syah III @ Po Chan ini ada tercatat dalam sejarah negeri Perak dan ada catatan yang menyebut baginda sebagai putera atau anakanda raja Siam Ligor (Raja Siam Ligor ialah Syarif Yang Di Pertuan Kedah. Sila rujuk buku Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Tahun 1981).
Sementara itu di dalam Buku “A History Of The State Of Perak” oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Syah melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda).
Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang adalah anak sulong dari 5 bersaudara iaitu Megat Terwis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Mahararaja China Manchu yang beragama Islam.
Semasa negeri Kedah diserang oleh tentera Buddha Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821 masihi, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang yang ketika itu bersemayam di Istana Bukit Gantang mengepalai angkatan tentera Empayar Islam Benua Siam Kedah, menghalang kemaraan tentera Buddha Thai.
Baginda mara dengan menggunakan gajah bersama tenteranya hingga ke Kg Durian Burung, Kedah lalu berkubu di sebuah padang yang kemudian dinamakan dalam bahasa siam, ‘Sanai’ yang bermaksud, tentera dalam. Pada hari ini kawasan ini rata-rata telah dijadikan ladang tebu. Baginda sendiri bersemayam di Ban-Nai-Lang bermaksud, Kampung-Syed-Alang di SongkhlaThailand. Hari ini, lokasi Durian Burung ini memang terletak di selatan Songkhala dan ia bersempadan di sebelah Malaysia (zaman dahulu sempadan ini tidak wujud).
Pada masa yang sama, bapa mertuanya Maharaja China Manchu telah menghantar tentera dari China seramai 36,000 orang berkelamin untuk membantu menantunya Syed Alang Alauddin mempertahankan negeri Kedah. Sebahagian dari tentera Raja China Manchu mendarat dipelabuhan Tak Bai di Songkhla.
Oleh kerana jumlah yang ramai, tentera Maharaja China Manchu terus mara kesuatu tempat yang ditanam sawah padi sebagai satu sumber makanan utama mereka. Di sinilah tentera Panglima Bukit Gantang mengibarkan bendera atau panji-panji yang tertera perkataan kalimah Allah. Tempat ini dinamakan ‘Na Thawi’ bermaksud, ‘Bendang Tunggu Kibar’.
Tentera raja China Manchu diiring pula ke salah sebuah kubu tentera Panglima Bukit Gantang di Padang Sanai. Di sinilah upacara resmi menyambut kehadiran tentera China Manchu telah diadakan secara besar-besaran lengkap dengan panji-panji dan tentera bergajah. Kawasan ini dinamakan Padang Terapbermaksud, Padang Tempat Menyambut. Hari ini, kawasan ini telah dijadikan sebuah daerah iaitu Daerah Padang Terap, dalam negeri Kedah Darul Aman.
Tentera Raja Manchu yang diketuai oleh General Baba telah mengadap Panglima Bukit Gantang dan menyampaikan amanat Maharaja China Manchu agar Panglima Bukit Gantang berperang menegakkan Syiar Islam disamping menyediakan tempat untuk simpanan bekalan makanan tenteranya yang ramai.
Dengan itu Panglima Bukit Gantang memerintahkan tentera raja China Manchu menanam padi huma seluas 27,000 relong (anggaran) untuk stok bekalan makanan mereka. Kawasan ini kini dijadikan hutan simpan Cheba. Cheba ialah bahasa Siam bermaksud, Nama Baba. Tempat tinggal General Maharaja China manchu (General Baba) hari ini bernama Kampung Cheba (Cik Baba).




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers