Wednesday, 21 November 2012

Filled Under:

fuyo!!Apabila Azhar Sulaiman Akui Dirinya Sudah Murtad...


KL, 21 NOV 2012: Haaa! Murai Batu percaya mesti ramai yang terkejut punyalah bila membaca tajuk artikel di atas dan mesti ramai yang menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak percaya. Selebihnya pula, pasti akan beristigafar kerana tidak menyangka perkara sebegini akan terjadi.
Tapi, sebelum itu, Murai Batu nak terangkan dulu bahawa tajuk di atas yang dipetik daripada kenyataan Azhar Sulaiman sendiri di dalam akaun facebooknya itu bukanlah berkaitan dengan isu pegangan atau pendirian agamanya.
Sebaliknya, ianya berkaitan dengan hal politik. Dalam akaun facebooknya ini Azhar Sulaiman telah bertanyakan kepada ustaz bahawa dia sudah murtad sebab jadi ahli Umno dan penyokong Barisan Nasional. Jadi, bagaimana untuk dia pulang ke pangkuan agama Islam...Harap Bantu..
Murai Batu pun tidak pasti sama ada soalan ini adalah soalan yang serius atau pun berbentuk sinikal yang sengaja dicetuskan oleh hero filem Abang 92 ini.
Namun, soalan ini menarik juga untuk difikirkan? Yelah, sebab dari dulu sampai sekarang, pihak pembangkang memang asyik mengeluarkan modal yang sama, siapa yang masuk Umno atau Barisan Nasional, mereka adalah murtad.
Jadi, soalan yang dikemukakan oleh Azhar Sulaiman itu sebenarnya tidak salah. Sebab, kalau selama ini dia jadi ahli Umno atau Barisan Nasional, bermakna selama ini dia adalah murtad. Kes berat tu...
Kalau baru jadi ahli, maknanya murtadnya masih baru. Tapi, kalau yang dah lama jadi ahli, maknanya dah lamalah seseorang itu murtad ya?
Entahlah, tapi bagi Murai Batu pasal isu murtad ni sebenarnya kita tidak boleh bawak main-main. Kalau mengata seseorang itu murtad hanya disebabkan pegangan politiknya, itu fitnah namanya.. Fitnah itu pun boleh tahan besar dosanya. Jadi, fikir-fikirkanlah.
Janganlah keluarkan kenyataan yang ikut sedap mulut saja, sebab bila timbulnya persoalan yang sebegini daripada Azhar Sulaiman, ia menampakkan begitu ceteknya pemikiran pihak satu lagi bahawa murtad bila masuk Umno atau sebagainya.sumber







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers