Wednesday, 21 November 2012
Filled Under:
politik
fuyo!!Cita-cita Anwar atau Abdul Hadi jadi perdana menteri tidak akan tercapai
Posted By:
zamri spoon
on 07:05
KUALA LUMPUR - Kalangan Anggota Parlimen Barisan Nasional dan Bebas yakin cita-cita Pakatan Pembangkang untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri tidak akan tercapai.
Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana pakatan itu tidak akan mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
"Itu masalahnya dengan pembangkang, mereka sendiri tiada pendirian tetap mengenai siapa paling layak untuk jadi pemimpin nombor satu negara.
"Saya percaya rakyat tidak akan terpedaya dengan helah mereka kerana pakatan sendiri tidak pernah melaksanakan apa yang mereka janjikan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan seorang perwakilan Dewan Ulama Pas yang mencadangkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 baru-baru ini, supaya presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Anggota Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron pula berkata isu itu membuktikan 'lakonan' pakatan pembangkang terserlah yang kononnya mereka menyokong antara satu sama lain.
"Akhirnya kebenaran terserlah. PAS mahukan Abdul Hadi sebagai perdana menteri pada masa yang sama, DAP dan PKR mahukan orang lain. Ini cukup membuktikan mereka memang tak layak mentadbir kerajaan," katanya.
Anggota Parlimen Bebas dari Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin pula berkata cadangan untuk melantik Abdul Hadi sebagai perdana menteri jelas menunjukkan mereka hilang kepercayaan terhadap Anwar.
Anggota Parlimen Kota Tinggi Tan Sri Syed Hamid Albar berkata perpecahan dalam pakatan pembangkang semakin jelas apabila masing-masing cuba menunjukkan belang.
"Pada saya Abdul Hadi ke, Anwar Ibrahim ke, yang paling layak adalah perdana menteri sekarang (Datuk Seri Najib Tun Razak)...pada saya, Abdul Hadi tak layak jadi perdana menteri," katanya. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment